“Saya suka bermain menentang Todak dan berlawan dengan Momo,” – Zedd

Zedd adalah salah satu rookie baru yang mengejutkan para penonton di arena MPL MY musim ke-9.

Kemasukannya di dalam Suhaz Esports tempoh hari meningkatkan lagi kekuatan pasukan itu.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Zedd sejurus sahaja mereka memenangi perlawanan menentang Team Caracal.

Ketika ditanya tentang pasukan mana yang Zedd suka berlawan. Zedd berkata Todak menjadi pilihannya.

“Bagi saya, pasukan saya paling suka lawan adalah pasukan Todak dan sangat gembira apabila harus berlawan dengan Momo di Gold Lane. Momo adalah hebat dan saya kagum dengan dia.”

Apabila ditanya tentang cabaran dia bermain ketika berpuasa, Zedd berkata tidak ada masalah kerana sudah biasa.

“Bagi saya, walaupun pertama kali saya bermain di MPL pada bulan puasa namun ia tidak memberi masalah kerana saya sudah biasa.

“Saya sangat bersyukur kerana saya dari Suhaz Junior dan berpeluang naik ke Suhaz Esports. Saya berasa gembira dan bangga pada masa yang sama.”

Ketika ditanya tentang cabaran bermain di dalam Suhaz Esports. Zedd berkata cara latihan berbanding Suhaz Junior adalah sangat berbeza.

“Cabarannya adalah daripada latihan di Suhaz Junior dan Suhaz Esports sangat berbeza. Ketika scrim bersama pasukan MPL, pihak lawan kami sangat kuat. Jadi saya cuba hadapinya.”

Ditanya tentang faktor dia terpilih menjadi sebahagian dari Suhaz Esports, Zedd menjawab ianya kerana dia sudah biasa bermain dengan pasukan Suhaz Esports.

“Mungkin pada waktu saya berada di Suhaz Junior, saya kerap jumpa dengan Suhaz Esports. Saya berlawan dengan mereka dan berlatih bersama mereka.”

Zedd menyatakan bahawa kawan-kawannya ada yang mengenali potensi dirinya untuk menjadi seorang pemain profesional.

“Rakan-rakan saya sewaktu musim ketiga dan keempat pernah memberitahu bahawa saya ada bakat, jadi kenapa tidak mencuba menjadi pemain profesional?

“Selepas itu, saya cuba tryout di mana-mana pasukan. Alhamdulillah Suhaz Esports menerima saya di dalam keluarga mereka,” akhirinya.

Foto: Moonton Games

RELATED NEWS

+