“Saya taknak main kalau ada pemain Filipina dalam pasukan,” – Rekt

EVOS Legends adalah salah satu pasukan yang paling popular di Indonesia untuk permainan peranti mudah alih Mobile Legends.

Namun pencapaian mereka di musim sebelum ini kurang memuaskan dan menyebabkan jurulatih mereka iaitu Zeys tertarik untuk membawa masuk pemain dari Filipina bagi menguatkan lagi pasukan.

Selain itu, ONIC ID juga dikhabarkan akan mengambil Kairi dan jurulatih Yeb dari ONIC PH untuk persiapan menuju ke musim MPL ID ke-10.

Walau bagaimanapun, kehadiran ahli pasukan dari Filipina pastinya akan memberikan pengalaman baru dan tidak semua pemain akan berasa selesa dengan perkara ini lebih lebih lagi akan ada masalah komunikasi di antara mereka.

@izura_off Singkat Padat Jelas CAPTAIN TIMNAS 🇮🇩 #fypシ #evosesports🐯💙 ♬ suara asli – sadvibes🥀

Menurut kapten EVOS Legends iaitu Rekt, dia menyatakan rasa kurang senang jika ada pemain dari Filipina di dalam EVOS.

“Tidak ada, saya tidak mahu main kalau ada pemain Filipina. Saya masih mempunyai maruah, indopride,” ujarnya.

Akan tetapi, barisan pemain EVOS Legends kali ini bakal ditentukan oleh pihak pengurusan dan tidak lagi bergantung kepada Zeys atau pemain.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+