“Saya terima banyak DM dan mesej positif dari komuniti MLBB,” – MonChelle

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pengulas Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2022, Richelle Tan Wei Ling atau MonChelle meluahkan rasa syukur dengan mesej dan DM yang dihantar oleh ahli komuniti MLBB berikutan isu penstriman dalam dwibahasa yang berlaku semalam.

Konteksnya adalah penstriman yang dilabel dalam Bahasa Melayu itu diulaskan dalam dwibahasa. Mars mengulas dalam BM dan Monchelle mengulas dalam Bahasa Inggeris. Ia kemudiannya menimbulkan sedikit kekeliruan dalam kalangan komuniti.

“Saya menerima banyak mesej dan DM dari komuniti yang memberikan kata-kata positif dan galakan untuk mengulas,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Monchelle berkata, dia cuba melakukan yang terbaik walaupun sedar dengan tohmahan yang bakal diterima.

“Saya sebenarnya ada membangkitkan perkara ini kepada pihak produksi yang mana ulasan dwibahasa akan mendapat pelbagai reaksi dari komuniti.

“Disebabkan saya perlu meneruskan juga, maka saya memberikan yang terbaik ketika mengulas dalam Bahasa Inggeris,” katanya. 

MonChelle juga akan memberikan analisis dalam Bahasa Melayu untuk perlawanan esok. Katanya, dia sudah melakukan persiapan.

“Saya bersedia untuk sesi menganalisis esok kerana banyak persiapan sudah dibuat (hari ini) dan saya mahu memberi persembahan terbaik kepada komuniti,” katanya mengakhiri perbualan.

Hal ini juga mendapat perhatian dari RSG Malaysia yang berseloroh dengann meme mengenai penstriman itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Foto: @richelle9806

RELATED NEWS

+