“Saya teruja dapat menewaskan Xorn, pemain terbaik Malaysia,” – Maima

Salah seorang pemain pasukan Geek Fam iaitu Maima kini kembali ke dalam pentas MPL MY S10 selepas Team Caracal mengumumkan kemasukannya ke dalam pasukan sebagai pemain pinjaman.

Sejurus selepas kemasukan Maima ke dalam pasukan, kita dapat saksikan aksi Maima menggunakan Claude dengan cemerlang sekali dengan menewaskan Team SMG dengan skor 2-0 tanpa balas.

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual Maima dan bertanyakan beberapa soalan tentang prestasinya dan juga cara dia beradaptasi dengan Team Caracal.

Ketika ditanya tentang perasaannya kembali di dalam MPL, Maima berkata dirinya berasa sangat teruja walaupun sering mendengar khabar angin yang negatif tentang dirinya.

TERUJA DAPAT MASUK MPL KEMBALI

“Saya rasa sangat teruja kerana dapat bermain di dalam MPL kembali. Akan tetapi, tiba-tiba perasaan teruja itu bertukar jadi gementar sedikit oleh kerana ada khabar angin yang negatif tentang diri saya.

“Ramai netizen berkata diri saya sudah tidak relevan di dalam MPL oleh kerana lama tidak bermain, teman rapat saya sendiri berkata benda yang sama namun saya masih bersyukur dapat bermain dengan baik bersama Team Caracal,” ujarnya.

Bercakap tentang keserasian, Maima berkata ianya sukar untuk didapatkan oleh kerana faktor yang sangat singkat namun ianya mampu direalisasikan dengan usaha yang cukup.

“Keserasian itu sangat sukar untuk dapat kerana saya bekerja dari hari Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi sampai ke jam 6 petang. Jadi saya hanya mula berlatih bersama pasukan pada malam hari.

“Jadi keserasian itu sukar untuk didapatkan akan tetapi dengan izin Allah, kami dapat sedikit keserasian itu walaupun belum 100% lagi,” katanya.

Selain Maima, Xorn juga antara ahli pasukan Geek Fam yang dipinjamkan kepada pasukan lain iaitu Team SMG. Ditanya tentang prestasi Xorn bersama pasukan SMG, Maima berkata Xorn sangat hebat bersama pasukan juara musim kelapan itu.

“Saya berasa sangat seronok dapat menewaskan pemain yang paling hebat di Malaysia iaitu Xorn, prestasi dia di SMG tidak perlu dirungkai lagi. Kita memang semua maklum dia adalah pemain yang hebat,”

KEKALKAN MOMENTUM

Ditanya tentang peluang untuk Team Caracal layak ke playoff nanti, Maima menyifatkan perkara itu mampu itu dicapai dan tidak mustahil.

“In Shaa Allah kami akan cuba mengekalkan momentum kami walaupun dengan pasukan baru. Kami akan berusaha dengan bersungguh-sungguh serta berdoa untuk mendapatkan keputusan yang baik. Semoga perjalanan kami ke peringkat playoff dipermudahkan. Amin,” ucap Maima.

“Alhamdulillah, Maima ni jenis yang “friendly” dan mudah untuk bercampur dengan orang baru. Walaupun baru jumpa dan berkenalan, kami sudah membuat aktiviti yang banyak seperti mandi kolam bersama dan menonton filem (bersama Eavy).

“Secara jujurnya saya tak berharap memegang posisi core oleh kerana posisi ini sangat berat akan tetapi posisi saya sudah diisi dengan orang yang lagi hebat. Namun begitu, saya cuba untuk belajar bermain marksman dan alhamdulillah pasukan saya banyak membantu dari segi rotasi, itemizationlaning dan lain-lain,” akhirinya.

Team Caracal kini berada di tempat keempat di kumpulan B dan mereka harus bersaing bersama Team Lunatix untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke playoff nanti.

Peringkat liga berbaki dua minggu lagi dan peluang untuk Team Caracal ke peringkat playoff semakin cerah dengan kehadiran Maima dan juga Wynn yang menguatkan lagi pasukan itu.

Foto: Geek Fam, Maima

RELATED NEWS

+