Scott Pilgrim vs. The World: The Game – Complete Edition akan tiba pada hujung tahun ini

Permainan Scott Pilgrim vs. The World: The Game akan dilancarkan semula sebagai versi Complete Edition. Ubisoft menjanjikan ia akan tiba pada penghujung tahun ini untuk PC, PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Nintendo Switch, dan Google Stadia.

Ini merupakan satu pengumuman yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat permainan tersebut. Hal ini demikian kerana penjualan versi digital Scott Pilgrim vs. The World: The Game yang asal dihentikan pada tahun 2016.

Versi Complete Edition ini memperkenalkan dua watak tambahan yang boleh dimain iaitu Knives Chau dan Wallace Wells. Selain itu, Ubisoft tidak menyatakan terdapat apa-apa penambahbaikkan dari segi kualiti grafik dan audio.

Penulis yakin ramai peminat Scott Pilgrim sangat teruja dengan pengumuman ini, lagi-lagi kerana ia dibuat pada ulang tahun ke-10 filem Scott Pilgrim vs. The World yang diarahkan oleh Edgar Wright.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+