Epic Games Store & Ubisoft Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Nintendo Switch, dan Google Stadia."> Epic Games Store & Ubisoft Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Nintendo Switch, dan Google Stadia." /> Epic Games Store & Ubisoft Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Nintendo Switch, dan Google Stadia." />

Scott Pilgrim vs. The World: The Game – Complete Edition akan tiba pada Januari 2021

Setelah lama menghilang daripada semua kedai-kedai digital, permainan berdasarkan siri komik Scott Pilgrim akhirnya akan kembali. Scott Pilgrim vs. The World: The Game – Complete Edition akan dilancarkan pada 14 Januari 2021 untuk PC (Epic Games Store & Ubisoft Store), PlayStation 4 (PS4), Xbox One, Nintendo Switch, dan Google Stadia.

Penerbit permainan ini Ubisoft sebelum ini menjanjikan Scott Pilgrim vs. The World: The Game – Complete Edition akan dilancarkan pada penghujung tahun 2020. Situasi pandemik COVID-19 mungkin telah mengganggu proses pembangunan dan menyebabkan penangguhan.

Selain daripada dua watak tambahan baharu iaitu Knives Chau dan Wallace Wells, Ubisoft tidak menyatakan apa-apa penambahbaikkan atau perubahan dari segi kualiti grafik, audio, dan permainan.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi permainan tersebut di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+