Sea of Thieves mempunyai easter egg menarik buat peminat retro

Amaran: Spoiler. Jika anda tidak sukakan spoiler mengenai easter egg ini, kami nasihatkan anda untuk tidak membacanya. Sebaliknya, sila teruskan dengan risiko anda sendiri.

Begitu banyak easter egg menarik untuk peminat-peminat retro di dalam Sea of Thieves. Tetapi, jalan untuk menemukannya tidaklah mudah.

Kandungan terbaru yang dilancarkan untuk Rare’s Sea of Thieves, A Pirate’s Life, menampilkan satu easter egg di Monkey Island yang sangat berharga. A Pirate’s Life merupakan kempen cerita terbaru dalam Sea of Thieves dan ia terdiri daripada lima Tall Tales yang berpaksikan Pirates of Caribbean oleh Disney. 

Oleh sebab itu, terdapat banyak easter egg yang merujuk kepada filem-filem Pirates of the Caribbean dan permainan Taman Tema Disney yang terkenal. Tetapi, bukan hanya Disney – kolaborasi ini juga memberi Rare peluang untuk menunjukkan kecintaan kepada suatu yang mungkin sudah dilupakan (kerana sudah lama tidak kelihatan) siri yang dimiliki Disney iaitu Lucasfilm Games: Monkey Island.

Siri Monkey Island adalah siri pengembaraan point-and-click mengenai lanun: spesifiknya orang-orang Guybrush Threepwood. Di dalam Monkey Island 2: LeChuck’s Revenge, Captain Kate Capsize diperkenalkan dan easter egg Sea of Thieves ada berpaksikan dua karakter itu.

Easter egg sebenar Monkey Island boleh ditemui di dalam Pirate’s Life Tall Tale yang pertama, yang bertajuk “A Pirate’s Life” dan menemukannya bukanlah suatu kerja yang mudah. Pergi ke IGN’s How to Find Monkey Island in Sea of Thieves untuk panduan yang serba lengkap bagi membantu anda untuk sampai ke easter egg Monkey Island tersebut. 

Setelah anda tiba di easter egg itu, anda akan berdiri berhampiran sebuah kapal karam lama bernama The Headless Monkey. Pastikan anda mendengar dengan teliti kerana akan ada transisi muzik yang diinspirasikan dari Pirates of Caribbean untuk menyampaikan tema utama The Secret of Monkey Island.

Bukan itu saja. Jika anda menaiki kapal karam itu, terdapat lima jurnal Headless Monkey yang ditulis oleh Captain Kate Capsize di dalamnya, di mana dia menyebut apa yang terjadi kepada kapal kacanya, kenapa Guybrush Threepwood ke Sea of Thieves dan bagaimana dia boleh berada di Sea of the Damned.

Jurnal ini agak menarik untuk dibaca oleh peminat Monkey Island, untuk mengetahui apa karakter kegemaran mereka lakukan kini. Jika anda ingin menemuinya sendiri, panduan IGN How to Find Monkey Island in Sea of Thieves memberikan panduan penuh untuk menemukan jurnal-jurnal tersebut.

Selain itu, di panduan itu juga terdapat walkthrough kesemua lima Pirate’s Life Tall Tales, tips, jawapan-jawapan bagi persoalan anda dan banyak lagi.

RELATED NEWS

+