Siapa sangka permainan video Mobile Legends boleh mencetuskan satu pergaduhan yang besar sehingga melibatkan campur tangan polis."> Siapa sangka permainan video Mobile Legends boleh mencetuskan satu pergaduhan yang besar sehingga melibatkan campur tangan polis." /> Siapa sangka permainan video Mobile Legends boleh mencetuskan satu pergaduhan yang besar sehingga melibatkan campur tangan polis." />

Sebab taknak main Mobile Legends, dua individu dipukul oleh sekumpulan lelaki

Siapa sangka permainan video Mobile Legends boleh mencetuskan satu pergaduhan yang besar sehingga melibatkan campur tangan polis.

Pada 12 Mac lepas, polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki memukul dua orang lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-an di Telok Mas, Melaka.

Pergaduhan berlaku di sebuah stesen minyak apabila mangsa serta rakannya diserang sekumpulan lelaki menaiki motorsikal yang kemudian bertindak memukul mereka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata mangsa yang dirawat di Hospital Melaka menerima 10 jahitan di kepala dan patah tulang hidung akibat dihempuk dengan topi keledar.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus berikutan rasa tidak puas hati kerana maki hamun ekoran keengganan bermain Mobile Legends,” katanya.

Tujuh lelaki yang berusia 16 tahun hingga 28 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.

Sumber: BERNAMA

RELATED NEWS

+