Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi tujuan membina stadium khusus untuk e-sukan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berikutan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk e-sukan yang diumumkan sebelum ini.
“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM10 juta akan digunakan untuk membangunkan stadium khusus untuk e-sukan manakala baki untuk latihan dan lain-lain aktiviti berkaitan e-sukan,” katanya dalam satu sidang media di perkarangan Kompleks Sukan Educity, Johor hari ini.
Foto: Harian Metro