Sebanyak RM320 bilion pendapatan untuk permainan mudah alih sepanjang 2020, PUBG Mobile paling untung

Mengikut data terbaru daripada Sensor Tower, pendapatan bagi permainan mudah alih dan jumlah muat turun kini meningkat bagi tahun lalu.

Laporan itu mengatakan lebih dari lima permainan yang merekodkan pendapatan lebih AS$1 bilion tahun ini. Selain itu,  AS$79.5 bilion direkodkan untuk kedua-dua App Store dan Google Play Store. Ini adalah 26% peningkatan lebih dari AS$63 bilion pada 2019 dan mewakili 71.7% perbelanjaan dalam aplikasi tahun lalu.

PUBG Mobile, Arena of Valor dan Pokemon GO masing-masing meraih kedudukan tiga teratas dalam keuntungan.

Jumlah muat turun untuk permainan mudah alih juga meningkat hampir 33% kepada 56.2 bilion pada tahun lalu.

Among Us adalah permainan paling kerap dimuat turun di iOS manakala Free Fire pula bagi Android.

Foto: Android Authority

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+