Pemain MMO Amazon, New World kali ini mengambil langkah yang lebih nakal semata untuk memenangi perang antara Faction. Sebahagian daripada mereka menyalahgunakan servis laporan dengan melaporkan kepada pembangun mengenai pemain lain untuk disekat sebelum perang bermula.
Dikongsikan oleh seorang pemain dengan nama grayson1478 melalui Reddit, menyatakan 50 daripada 100 pemain daripada kumpulannya kini disekat yang menyebabkan mereka terpaksa menyerah kalah dalam perang merebut wilayah.
50 People in my 100 person company are now banned. from newworldgame
Bahkan selebum ini, dilaporkan oleh Dexerto, streamer 100 Thieves, Jack ‘CouRage’ Dunlop sendiri menjadi mangsa salah guna laporan ini, berikutan dirinya disekat untuk bermain selama 24 jam. Bahkan tiada jawapan diterima daripada pihak pembangun.
@playnewworld Question, had a handful of our best players on the server get banned for 24 hours because 20 players from another faction mass reported them.
Is this being looked into?
— Jack “CouRage” Dunlop (@CouRageJD) October 9, 2021
Hal ini menimbulkan kemarahan oleh kebanyakan pemain kerana kebanyakan pemain yang menghadapai masalah ini, selain pihak pembangun juga memberikan mesej yang mengelirukan mengenai hal ini.
All our bans are reviewed by humans before any decisions are made. I have randomly researched specific reports of unfair moderation from Twitter, I have pulled chat logs and every instance there are violations of the Code of Conduct.
— New World (@playnewworld) July 24, 2021
Buat masa ini masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak pembangun mengenai hal ini.