Sebuah studio cuba ‘hidupkan semula’ permainan PS4 ini

Meskipun banyak permainan eksklusif PlayStation yang menjadi kegemaran para pemain, namun masih ada permainan yang tidak merasakan kejayaan seperti Uncharted 4: A Theif’s End dan Ghost of Tsushima. 

Baru-baru ini sebuah studio pembangun permainan, iaitu Q-Games mengumumkan telah mendapat persetujuan bersama Sony untuk membangunkan semula permainan yang pernah dilancarkan secara eksklusif buat PS4 pada 2016 lalu, The Tomorrow Children.

The Tomorrow Children merupakan sebuah permainan pengembaraan percuma yang dilancarkan pada 2016 sebelum ia ditamatkan sepenuhnya pada 2017. 

Dengan pengumuman ini, ianya akan kembali dihidupkan dan studio Q-Games juga menyatakan kerja-kerja untuk membangun semula permainan ini juga sudah dijalankan. Namun, mereka tidak menyatakan bila ia akan dilancarkan, sama ada ia akan kekal percuma atau ianya masih kekal sebagai permainan eksklusif PlayStation.

Sumber: ComicBook.

RELATED NEWS

+