SeeYouSoon menjadi juara sulung MPL Kemboja

Kejohanan pertama Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Kemboja yang berlangsung daripada 28 Ogos hingga 3 Oktober, kini melabuhkan tirai dengan menjulang pasukan SeeYouSoon sebagai juara sulung mereka. 

Dengan kejayaan mereka bergelar juara, mereka akan mewakili negara mereka untuk kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang iaitu M3 World Championship yang akan diadakan pada Disember tahun ini. Selain itu, mereka membawa pulang sebahagian daripada hadiah terkumpul sebanyak RM166,880.

Sumber; FB See You Soon

Pasukan SeeYouSoon dikatakan cukup terkenal di dalam dunia esukan di Kemboja. Ditubuhkan pada 24 September 2020, mereka berjaya memenangi beberapa kejohanan tempatan, seperti SZ Gamer Tournament 2020, Smart Kingdom of Legends Pro Tournament 2020, EFC Sangkranta 2021 dan banyak lagi.

Selain daripada pasukan Mobile Legends: Bang Bang, mereka juga mempunyai pasukan untuk PUBG MOBILE, selain akan mengembangkan sayap mereka untuk e-sukan lain seperti Wild Rift, VALORANT, Dota 2, Free Fire dan lain-lain. 

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+