SEGA melaporkan mereka bakal menyaman pembangun Memento Mori: AFKRPG iaitu Bank of Innovation (BOI) sebanyak AS$6.7 juta (RM 29 juta) kerana melanggar paten SEGA untuk mekanik permainan video mereka.
Menurut Otaku Research Institute, SEGA akan menghantar saman ini melalui Mahkamah Tokyo terhadap pembina permainan gacha terkenal Bank of Innovation.
Beberapa sistem dikatakan dilanggar dan antara sistem itu adalah membuat cabaran psikologi dengan menggunakan item dengan drop rate rendah seperti kad karakter.
SEGA menuntut sebanyak RM29 juta atas kesemua kerugian termasuk penutupan Memento Mori: AFKRPG.
BOI mengatakan mereka tidak melanggar apa-apa akta paten seperti yang didakwa SEGA.
Ini adalah lima paten yang dikatakan dilanggar oleh BOI menurut SEGA:
- Paten No. 5930111: Pembaca kad alternatif untuk permainan video yang memerlukan kad untuk mengakses data permainan video.
- Paten No. 6402953: Sistem untuk “kemudahan dan kesedaran pemain dalam penggunaan wang untuk Gacha spin.
- Paten No 6891987: Sistem yang mempermudahkan naik taraf karakter dengan memberi maklumat cukup seperti sintesis.
- Paten 7297361: Perbezaan paten dalam sistem sintesis
- Paten 7411307: Sistem yang membenarkan pity untuk memilih karakter sabanyak dua kali.
1) Following Nintendo last month, Sega now also sues a Japanese studio for patent infringement.
Today (Monday JP time), it came to light Sega demands US$6.7M in damages from mobile game maker “Bank Of Innovation”.
The sued party is rather small (publicly traded at US$150M).
— Dr. Serkan Toto (@serkantoto) October 21, 2024
Setakat ini pemain-pemain Memento Mori masih menunggu keputusan BOI mengenai situasi permainan video mereka.