Segala yang anda perlu tahu tentang Grand Final PMPL MYSG S3

Kuala Lumpur: Selepas peringkat liga bagi PMPL MYSG musim ketiga menemui penamatnya, kini aksi mendebarkan bakal disaksikan pada grand final pula yang mana 16 pasukan terbaik PUBG Mobile akan merebut dua slot ke peringkat Final Asia Tenggara (SEA Finals).

Dingoz MPX dan Team Secret masing-masing cemerlang di peringkat liga, meraih sebanyak 336 mata dan 332 mata. Kedua-dua pasukan ini juga dijemput ke kejohanan Peace Elite Asia Invitational (PEI 2021) yang mempertandingkan permainan Game For Peace (PUBGM versi China).

Di peringkat grand final PMPL MYSG S3 pada 23 hingga 25 April, sekali lagi Dingoz dan Team Secret akan bertanding. Dingoz bertanding untuk merebut hadiah terkumpul manakala Team Secret dan 14 lagi pasukan lain ingin merebut slot ke SEA Finals.

16 pasukan yang akan bertanding adalah:

  • Dingoz MPX
  • Team Secret
  • Yoodo Gank
  • Geek Fam 
  • DrTA
  • Anti Circle
  • Team SMG
  • J8 Esports
  • EVOS VIP
  • JP NSEA
  • R2K
  • IPW LX
  • Team Whales
  • RSG
  • Damansara Flash Vision
  • Homebois

Di bawah pula adalah jadual dan peta akan dimainkan:

Saksikan siaran langsung di Facebook PUBG Mobile (MY), PUBG Mobile Esports Malaysia dan Youtube PUBG Mobile Malaysia.

Perlawanan penuh debaran ini akan menunjukkan siapa yang layak meraih dua slot ke SEA Finals dan memenangi sebahagian besar dari AS$150,000 (RM617,220).

RELATED NEWS

+