Kejuaraan Dunia MLBB, M6 akan bermula pada bulan depan dan semalam, MOONTON Games mengumumkan format pertandingan dan tarikh-tarikh penting.
Dengan tanda pagar #GreaterThanEver, pertandingan ini mempunyai misi baharu dengan hadiah wang tunai terkumpul yang dinaikkan ke AS$1 juta dan format pertandingan baharu yang dikatakan lebih mencabar dari edisi-edisi sebelumnya.
Perjalanan menuju ke M6
M6 akan dimulakan dengan peringkat Wild Card dari 21 hingga 24 November ini di mana lapan pasukan akan dibahagikan kepada dua kumpulan dan bermain pusingan round-robin dengan format best of three.
Pasukan teratas akan mara ke fasa kedua pusingan Wild Card dan enam pasukan lain akan disingkirkan. Perlawanan akhir ini akan dimainkan dalam format best of five dan pemenang akan terus layak ke acara utama M6.
Format baharu yang penuh mendebarkan
Buat pertama kalinya dalam sejarah siri M, acara utama akan dimainkan dalam format Swiss yang mana akan ada cabutan kumpulan setiap pusingan. Bermula 28 November ini, pusingan Swiss akan menyaksikan 16 pasukan bermain lima pusingan.
Lapan pasukan yang berjaya mendapatkan tiga kemenangan akan terus mara ke Pusingan Knockout dan lapan pasukan lain yang mencatatkan tiga kekalahan akan disingkirkan.
Peringkat Knockout akan dijalankan menggunakan format double-elimination. Pusingan pertama adalah BO3 yang akan bermula pada 7 Disember.
Pusingan kedua pula akan dijalankan menggunakan format BO5 dan akan berlangsung pada 8 hingga 14 Disember ini.
Grand Final pula adalah Best of 7 pada 15 Disember.