Segala yang anda perlu tahu tentang PMPL SEA Championship musim keempat

Dengan berakhirnya PMPL bagi MYSG, Thailand, Vietnam dan Indonesia baru-baru ini, pasukan yang menjuari bagi negara masing-masing akan bersaing untuk mendapatkan gelaran juara bagi rantau Asia Tenggara di PUBG Mobile PMPL SEA Championship Musim Keempat.

Melalui kejohanan ini, tiga pasukan terbaik akan dihantar untuk mewakili rantau ini di PUBG Mobile Global Championship 2021 Season 1. 

Kejohanan ini akan bermula pada 12 Oktober hingga 31 Oktober di mana pasukan akan melalui dua jenis peringkat iaitu League Play dan Super Weekend yang akan berlangsung sepanjang tarikh itu.

Peringkat akhir akan berlangsung pada 5 hingga 7 November tahun ini. 

Bagi League Play, 20 pasukan akan dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap pasukan akan bersaing untuk tiga minggu berturut-turut, di mana setiap pasukan akan berlawan sebanyak 10 perlawanan setiap minggu. Setiap pasukan akan bermain empat perlawanan sehari yang akan ditentukan melalui format round-robin.

Manakala peringkat Super Weekend pula, 16 pasukan terbaik dari league play akan bermain. Terdapat 5 perlawanan sehari dengan 15 perlawanan keseluruhan yang akan ditentukan dengan format single lobby. 

16 pasukan yang layak untuk ke PMPL SEA Final akan ditentukan melalui kutipan mata semasa Super Weekend saja.

Buat masa ini, jumlah hadiah terkumpul untuk kejohanan ini masih belum diumumkan. 

Sumber: GamingonPhone.

RELATED NEWS

+