Segala yang anda perlu tahu tentang Wild Rift Horizon Cup 2021, termasuk hadiah giveaway

Wild Rift Horizon Cup 2021 adalah kejohanan antarabangsa pertama dalam e-sukan Wild Rift. Kejohanan LAN ini akan membawa masuk pasukan terbaik dari seluruh dunia untuk bersaing merebut hadiah besar AS$500,000 (RM2.08 juta).

Selepas beberapa liga serantau, 10 pasukan terbaik dari seluruh dunia akan bersaing untuk Horizon Cup.

Selain itu, kejohanan itu akan diadakan di Suntec Convention and Exhibition and Event Centre di Singapura. Semua perlawanan Horizon Cup akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube dan Twitch rasmi Wild Rift.

Ini 10 pasukan yang berjaya melayakkan diri ke pusingan kumpulan Horizon Cup

  • Da Kun Gaming (China)
  • Rolster Y (Korea Selatan)
  • SBTC Esports (Vietnam)
  • Tribe Gaming (Amerika)
  • TSM (Brazil)
  • eBRO Gaming (Amerika Latin)
  • Sengoku Gaming (Jepun)
  • Team Queso (EMEA)
  • Team Secret (Filipina)
  • ThunderTalk Gaming (China)

Wild Rift Horizon Cup akan bermula pada 13 November dan akan berlangsung selama sembilan hari dengan pusingan akhir pada hari terakhir. Kejohanan ini dibahagikan kepada peringkat kumpulan, peringkat kalah mati, separuh akhir dan pusingan akhir.

Peringkat pertama kejohanan adalah peringkat kumpulan dari 13 November hingga 17 November. Selain itu, pasukan sudah pun dikelompokkan kepada dua dan akan bertanding dalam format ‘single round-robin best-of-three (BO3)‘. Hanya tiga pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan layak ke peringkat seterusnya.

Tambahan pula, pemain akan diberi masa sehari untuk berehat sebelum peringkat kalah mati bermula.

Kedua-dua pasukan yang menduduki tempat pertama dalam peringkat kumpulan secara automatik layak ke separuh akhir. Sementara itu, pasukan tempat kedua akan menentang pasukan tempat ketiga dalam siri BO5 penyingkiran. Pasukan yang memenangi pusingan ini akan mara ke separuh akhir untuk menghadapi pasukan tertinggi. Selain itu, semua perlawanan pada peringkat ini akan menggunakan format BO5.

Pusingan akhir akan berlangsung pada 21 November dalam siri best-of-seven untuk menentukan pemenang Wild Rift Horizon Cup.

Jadual Perlawanan

13 November:

  • [DKG] Da Kun Gaming vs [SE] SBTC Esports
  • [EBG] eBRO Gaming vs [TQ] Team Queso
  • [TS] Team Secret vs [TT] Thunder Talk Gaming
  • [TSM] TSM vs [TRB] Tribe Gaming

14 November 2021:

  •  [SG] Sengoku Gaming vs [TT] Thunder Talk Gaming
  •  [RY] Rolster Y vs [SE] SBTC Esports
  •  [DKG] Da Kun Gaming vs [TSM] TSM
  •  [TS] Team Secret vs [EBG] eBRO Gaming

15 November:

  • [EBG] eBRO Gaming vs [SG] Sengoku Gaming
  • [TQ] Team Queso vs [TS] Team Secret
  • [TSM] TSM vs [RY] Rolster Y
  • [TRB] Tribe Gaming vs [DKG] Da Kun Gaming

16 November:

  • [SE] SBTC Esports vs [TRB] Tribe Gaming
  • [TT] Thunder Talk Gaming vs [TQ] Team Queso
  • [RY] Rolster Y vs [DKG] Da Kun Gaming
  • [SG] Sengoku Gaming vs [TS] Team Secret

17 November:

  • [TQ] Team Queso vs [SG] Sengoku Gaming
  • [TT] Thunder Talk Gaming vs [EBG] eBRO Gaming
  • [SE] SBTC Esports vs [TSM] TSM
  • [TRB] Tribe Gaming vs [RY] Rolster Y

Peringkat Suku Akhir (BO5, jam 6PM GMT +8):
19 November:

  • Perlawanan 1 – Akan ditentukan
  • Perlawanan 2 – Akan ditentukan

Peringkat Separuh Akhir (BO5, jam 6PM GMT +8):
20 November:

  • Perlawanan 1 – Akan ditentukan
  • Perlawanan 2 – Akan ditentukan

Peringkat Akhir (BO7, jam 8PM GMT +8):
21 November:

  • Perlawanan Akhir – Akan ditentukan!

Giveaway Poro Energy

Demi meraikan Wild Rift Horizon Cup, 9.6 juta hadiah Poro Energy akan diberikan kepada pemenang bertuah. Pemenang akan dipilih secara rawak setiap hari semasa siaran serantau terpilih yang dibuka kepada peminat e-sukan Wild Rift di Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Taiwan, Hong Kong dan Vietnam.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menonton siaran-siaran itu pada 13 November sehingga 21 November. Anda boleh menonton perlawanan itu melalui pautan-pautan di bawah:

Bahasa Malaysia – FB

Bahasa Indonedia – YouTube

Mandarin – Twitch

Tagalog – Facebook

Thai – Facebook

Vietnam – YouTube

Untuk maklumat lanjut tentang Wild Rift Horizon Cup 2021, lawati laman web Facebook rasminya di sini, atau akaun Twitter rasminya di sini.

RELATED NEWS

+