Segalanya tentang Wild Rift Horizon Cup 2021

Kejohanan antarabangsa pertama League of Legends: Wild Rift, iaitu Wild Rift Horizon Cup 2021 sudah pun diumumkan. 

Ia akan berlangsung bermula 13 hingga 21 November tahun ini dan akan menawarkan hadiah terkumpul yang bernilai AS$500,000 (RM2.08 juta)!

Wild Rift Horizon Cup akan membawakan 10 pasukan yang layak selepas bersaing dalam kelayakan serantau di negara atau zon masing-masing. 

Antara pasukan yang layak ialah:

  • Brazil – TSM
  • China – Da Kun Gaming, Thunder Talk Gaming
  • EMEA – Team Queso
  • Jepun – Sengoku Gaming
  • Amerika Latin – eBRO Gaming
  • Amerika Utara – Tribe Gaming
  • Asia Tenggara – SBTC Esports, Team Secret
  • Korea Selatan – Rolster Y

Kejohanan ini akan berlangsung melalui empat peringkat iaitu peringkat Kumpulan, Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir.

  • Kumpulan: 13 – 17 November 
  • Suku Akhir: 19 November
  • Separuh Akhir: 20 November
  • Akhir: 21 November

Bagi peringkat Kumpulan, 10 pasukan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasukan akan bermain satu perlawanan tiga terbaik (Bo3) round-robin. Tiga pasukan terbaik akan terpilih untuk peringkat Knockout. 

Kumpulan A

  • TSM
  • Da Kun Gaming
  • Tribe Gaming
  • SBTC Esports
  • Rolster Y

Kumpulan B

  • Thunder Talk Gaming
  • Team Queso
  • Sengoku Gaming
  • eBRO Gaming
  • Team Secret

Bagi peringkat Knockout, pasukan yang mendapat tempat pertama bagi setiap kumpulan akan terus masa ke pusingan Separuh Akhir. Manakala, pasukan di tempat kedua dan ketiga akan bersaing untuk ke Separuh Akhir dengan perlawanan lima terbaik (Bo5).

Peringkat Separuh Akhir juga akan ditentukan dengan perlawanan lima terbaik. Manakala pusingan akhir, pasukan akan ditentukan dengan perlawanan tujuh terbaik (Bo7) sebelum menjulang piala kejuaraan.

Berikut ialah jadual tayangan Wild Rift Horizon Cup 2021:

  • Kumpulan: 13 – 17 November – 6.00 petang MYT
  • Suku Akhir: 19 November – 6.00 petang MYT
  • Separuh Akhir: 20 November – 6.00 petang MYT
  • Akhir: 21 November – 8.00 malam MYT

Bagi yang ingin menonton kejohanan Wild Rift Horizon Cup 2021, anda boleh saksikanya di:

Bahasa Inggeris: 

Bahasa Malaysia:

RELATED NEWS

+