mengejutkan oleh Suhaz Esports sebentar tadi, penulis menghubungi bekas Pengurus Pasukan, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel)."> mengejutkan oleh Suhaz Esports sebentar tadi, penulis menghubungi bekas Pengurus Pasukan, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel)." /> mengejutkan oleh Suhaz Esports sebentar tadi, penulis menghubungi bekas Pengurus Pasukan, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel)." />

“Sekarang ini, saya masih dalam e-sukan cuma lebih ke arah di belakang tabir saja,” – Padel

Susulan dari berita yang mengejutkan oleh Suhaz Esports sebentar tadi, penulis menghubungi bekas Pengurus Pasukan, Muhamad Fadhil Hishamuddin (Padel).

Ketika ditanya tentang keputusan Suhaz Esports untuk melepaskan kesemua pemain mereka sebentar tadi, Padel berkata dia akur dan menerima keputusan bahawa prestasi pasukan mereka tidak begitu memuaskan.

“Apa yang saya boleh katakan, selepas dua tahun bersama prestasi kami agak kurang memberangsangkan jadi ini jalan terbaik untuk kami.

“Bagi saya sendiri, saya mahu meneroka bidang baru. Lima tahun sebagai pemain, jurulatih dan pengurus adalah jangka masa yang lama dan banyak pengalaman saya dapat. Jadi sudah tiba masa mencuba benda yang lain,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Padel masih aktif di dalam e-sukan namun dia bergerak di belakang tabir.

“Sekarang ini, saya masih dalam e-sukan cuma lebih ke arah di belakang tabir saja. Untuk Suhaz Esports, terima kasih,” akhirinya.

Terdahulu, Suhaz Esports pernah memenangi tempat ketiga di MPL MY musim ketujuh dan kesembilan. Perjalanan mereka selama dua tahun bersama Suhaz Esports kini sudah sampai ke penghujungnya.

Foto: Padel

RELATED NEWS

+