Selamat tinggal Geek Fam Dota 2..

Organisasi e-sukan tempatan, Geek Fam mengumumkan pembubaran skuad Dota 2 mereka berikutan wabak COVID-19 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

Malah, ditambah lagi dengan penundaan The International 10, kejohanan dunia yang dianjurkan setiap tahun dan Dota Pro Circuit yang tidak lagi diteruskan menyebabkan Geek Fam sukar untuk mengekalkan skuad mereka.

Memandangkan skuad mereka mempamerkan prestasi yang membanggakan di peringkat Asia Tenggara, ketiadaan kejohanan besar pastinya memberi impak kepada pasukan ini.

Pencapaian mereka sebelum ini adalah juara di Liga Asia Tenggara ONE Esports Dota 2 dan BTS Pro Series Musim Kedua. Di WePlay! Bukovel Minor 2020, mereka raih tempat ketiga.

Mereka dianggotai oleh Karl Jayme (Karl), Marc Polo Luis Flato (Raven), Carlo Palad (Kuku), Kenny Deo (Xepher) dan Matthew Filemon (Whitemon).

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+