Selamat tinggal Logan, semoga berjaya di luar sana!

Abdul Wandi “Logan” Abdul Kadir adalah salah seorang pemain veteran permainan peranti mudah alih popular, Mobile Legends. Beliau mula mendapat liputan yang meluas sejak mengasaskan pasukan Team Bosskur pada November 2018 bersama 6 ahli yang lain termasuk Soloz dan Daddy Hood.

Pada bulan Disember lalu, Logan mengambil keputusan untuk keluar dari Team Bosskurr dan menyertai RSG Malaysia. Terkenal sebagai salah seorang tanker terbaik di tanah air, Logan meraih seramai 495 ribu orang pengikut di platform Facebook Gaming.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Malaysia (@rsg.malaysia)

Selepas hampir setahun bersama RSG Malaysia, beliau sempat menjadi juara untuk musim ketujuh. Logan kini sudah menamatkan kontraknya dan beliau akan mencari hala tuju sendiri selepas ini.

Sewaktu berada di gaming house, beliau sering memasak untuk ahli pasukannya dan tanpa beliau di dalam pasukan, pasti ianya memberi kesan kepada mereka yang lain terutamanya Rush. Rush adalah kenalan lama dari Team Bosskurr.

Semoga Logan Gaming terus menjadikan e-sukan sebagai kerjaya kerana beliau adalah salah seorang pemain yang meningkatkan mutu permainan Mobile Legends di dalam arena e-sukan Malaysia.

Foto: Facebook Logan Gaming

RELATED NEWS

+