Selepas 10 tahun, Left 4 Dead 2 kembali dengan kemaskini baharu, The Last Stand

Permainan tembak-menembak zombi keluaran Valve, Left 4 Dead 2 akhirnya menerima kemaskini besar yang dinanti-nanti komuniti selama ini. Bagaimanapun, ia bukan dibangunkan oleh Valve tapi oleh komuniti permainan tersebut.

Berjudul Left 4 Dead 2: The Last Stand, ia akan dilancarkan pada 24 September dengan lebih 20 peta survival baharu, animasi yang dikemaskini dan penggunaan voicelines yang baru. 

Kemaskini ini juga terdapat senjata jarak dekat baru, dua mutasi baru, 30 achievements baru dan pembaikan pepijat.

Jika diperhatikan dalam video trailer di bawah, nampaknya kemaskini ini dibuat dengan menyeluruh dan menambah elemen-elemen baharu yang tiada sebelum ini.

Difahamkan, kemaskini ini dibangunkan lebih 30 orang dalam satu komuniti dan mereka sudah bekerjasama dengan Valve hampir setahun. Kemaskini ini adalah percuma dan anda boleh baca keseluruhan nota patch di saluran Discord ini.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+