Selepas 4 tahun, akhirnya Nintendo Switch boleh disambungkan dengan Bluetooth Audio

Nintendo Switch kini boleh disambungkan dengan peranti audio melalui sambungan Bluetooth dengan kemaskini terbaru.

Untuk mendapatkan ciri ini, pemilik Switch mesti memuat turun patch firmware terkini. Apabila sudah dikemaskini, pemilik boleh menjumpai tetapan ‘Bluetooth Audio’ di dalam halaman Tetapan Sistem. 

Switch hanya boleh disambungkan kepada satu peranti audio pada satu masa sahaja, tetapi boleh menyimpan sehingga 10 peranti di dalam sistem.

Melalui kemaskini ini juga, membolehkan pengguna untuk mengemaskini perisian Switch di Switch Dock, tetapi hanya dock dengan sambungan LAN sahaja iaitu yang didatangkan bersama Switch OLED. 

Perlu diingatkan, apabila peranti audio Bluetooth disambungkan, hanya dua alat kawalan tanpa wayar yang boleh disambungkan pada satu masa. Menyambung alat kawalan tambahan akan memutuskan sambungan peranti audio Bluetooth. Selain itu, mikrofon Bluetooth masih belum disokong oleh Switch.

Had sambungan alat kawalan ini mungkin menjadi sebab pihak Nintendo tidak membenarkan ciri-ciri audio ini pada peranti Switch yang sudah berusia empat tahun. Malah, ramai pengguna Switch menggunakan penyesuai pihak ketiga untuk menyambungkan fon kepala Bluetooth mereka.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+