“Selepas balik dari Vietnam, saya akan terus ke kolej untuk Final Exam,” – Sagi

Kuan Chuen Liew atau dikenali sebagai Sagi adalah salah seorang peserta permainan peranti mudah alih Wild Rift mewakili kontinjen negara ke Sukan SEA Hanoi 2021 di Vietnam. 

Kami dari pihak MyGameOn sempat menemu bual pemain ini dan dia berkongsi pengalaman menjadi pemain profesional di samping melanjutkan pelajaran.

@mygameondotmy Pemain Wild Rift Malaysia, Sagi, berkorban bahagikan masa bermain untuk Sukan SEA dan menghabiskan Ijazah. Semoga berjaya Sagi! #MalaysiaBoleh #MalaysiaRoar #SEAGames31 #fyp #kakigaming ♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) – Duckhead Dj Kasur

Ketika ditanya bagaimana Sagi membahagikan masa, dia menyatakan ianya bergantung kepada seseorang itu mengatur masa.

“Bagi soalan ini, saya rasa lebih kepada bagaimana seseorang itu menguruskan masanya. 

“Ada masa anda perlu melakukan latihan, selepas itu akan ada waktu untuk rehat. Pada waktu itu, saya fokus kepada pembelajaran. Contohnya membuat assignment atau projek berkumpulan” ujarnya.

Sagi juga berkata dia akan berdepan dengan peperiksaan akhir dan akan bersiap sedia untuk menghabiskan tugasannya itu.

“Sekarang saya ada peperiksaan akhir. Selepas saya balik dari Vietnam, saya akan terus ke kolej dan mengambil peperiksaan akhir saya itu.

“Saya sudah hampir menamatkan ijazah saya ketika ini. Nasib baik, semuanya lancar sewaktu PKP dilaksanakan dulu,” akhirnya.

Ikuti temubual penuh Sagi di laman tiktok rasmi kami.

RELATED NEWS

+