Selepas James keluar, Acil kembali melatih RRQ Hoshi

Bekas jurulatih RRQ Hoshi, Jamesss baru saja umumkan keluar daripada organisasi selepas kejohanan dunia Mobile Legends, M2 tamat.

Ramai yang tertanya-tanya siapa akan menggantikan posisi itu. Tapi ternyata, selepas setahun keluar, Adi Syofian “Acil” Asyauri kembali menjadi jurulatih RRQ Hoshi.

Dalam satu video di Youtube, RRQ mengucapkan “Ya, dialah jurulatih RRQ Hoshi dulu yang kembali ke RRQ untuk melatih mereka. Mari kita sambut dengan meriah agar mereka boleh menjadi juara musim seterusnya. Selamat kembali Acil,”

Walaupun menerima tawaran daripada pasukan lain, Acil tetap memilih RRQ.

Acil sebelum ini bersama RRQ Hoshi untuk beberapa ketika dan membantu skuad tersebut mendapat tempat kedua di kejohananan dunia, M1 dan beliau meninggalkan organisasi pada akhir 2019.

Namun, permulaan baru 2021 ini pastinya akan membuatkan Acil lebih bersemangat untuk buktikan dirinya setanding James dan mampu berikan kejayaan pada RRQ.

Sumber rujukan: ONE Esports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+