SEM9 buka hotel e-sukan pertama Asia Tenggara di Johor

Hotel-hotel di Malaysia memang banyak terkenal dengan tema-tema mereka dari jenis penuh artistik sehingga tema yang sangat menarik terutama untuk percutian anda.

Terletak di Senai Johor, SEM9 Senai Esports Hotel ini menyediakan banyak bilik yang penuh mewah dengan tambahan paling disukai ramai iaitu set gaming untuk bilik.

SEM9 mendapat sokongan SEAGM dan Aiken Digital untuk membina hotel ini.

SEM9 Senai juga ingin membawa konsep permainan video dan e-sukan.

Hotel ini sangat dekat dengan Lapangan Terbang Senai.

Para pemain juga boleh menggunakan barang-barang SEM9 yang juga mempromosikan pakaian e-sukan SEM9 termasuk jersi dan barang koleksi.

Anda boleh mula membuat tempahan untuk hotel ini bermula 1 Jun ini dan sebanyak 122 bilik disediakan termasuk bilik yang tidak bertemakan permainan video.

Harga bermula dari RM220 untuk sehari dan RM115 untuk separuh hari.

Anda boleh melayari laman rasmi hotel ini untuk membuat tempahan.

RELATED NEWS

+