SEM9.Gank membawa masuk SLYDD untuk menggantikan arwah Hahagus

Selepas pemergian arwah Hahagus disebabkan Covid-19 sebelum ini, pasukan Sem9.Gank sudah kehilangan jurulatih yang sangat berkaliber.

Untuk menggantikan tempat arwah, mereka sudah melantik Slydd sebagai jurulatih baru pasukan itu. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di Instagram Sem9.GG.

Kemasukan bekas jurulatih Anti Circle ini ke dalam pasukan pasti akan menjanjikan perubahan kepada mutu permainan pasukan Sem9.Gank selepas ini.

Terdahulu, pasukan Sem9.Gank gagal layak ke Liga Profesional PUBG Mobile Asia Tenggara (PMPL SEA) musim keempat.

RELATED NEWS

+