Sempena hujung tahun ini, mungkin anda terfikir untuk menghadiahkan sesuatu kepada rakan gamers yang lain.
Logitech menawarkan beberapa produk sempena musim cuti ini untuk anda mendapat pengalaman permainan yang lebih menarik.
Koleksi Aurora
Ini adalah koleksi paling unik setakat ini kerana ia bersifat unisex dan minimalistik.
Produk dalam koleksi Aurora mempunyai nilai estetik dan rekaan yang menarik sementara memberikan kebebasan untuk mengubahsuai menggunakan aksesori custom dan pemilihan warna yang pelbagai.
Koleksi ini termasuklah:
- Fon Kepala Nirwayar Gaming G735 (RM949)
- Papan Kekunci Nirwayar Gaming G715 (RM849)
- Papan Kekunci Gaming G713 (RM743)
- Tetikus Gaming Nirwayar G705 (RM446)
Rekaannya yang bersifat inklusif juga sesuai untuk wanita yang gemar bermain game dan pemain yang menyukai rekaan lebih playful dan bersahaja.
Boleh bagi pada ‘awek’ ataupun kawan perempuan anda!
Tetikus G502 X, G502 X LIGHTSPEED dan G502 X PLUS
Bagi anda yang inginkan pengalaman permainan lebih menarik, model tetikus G502 X menawarkan prestasi tinggi, ketepatan, keselesaan dan lebih stail.
Ia mempunyai switch mekanikal hibrid LIGHTFORCE untuk kelajuan yang tinggi dan respons yang tepat.
Model G502 X PLUS hadir dengan Lightsync RGB yang boleh dimodifikasi dengan 8 lampu LED yang dioptimumkan untuk ketahanan bateri.
G502 X dijual dengan harga RM399, G502 x Lightspeed pula pada harga RM618 dan G502 X Plus pada harga RM733. Ketiga-tiganya tersedia dalam warna hitam dan putih.
PRO X SUPERLIGHT Tetikus Gaming Magenta Nirwayar
Jika anda ingin mencari tetikus yang ringan dan laju, tetikus ini adalah yang paling terbaik.
Ia dikuasakan oleh LIGHTSPEED untuk kelancaran sesi gaming anda ditambah lagi dengan HERO Sensor untuk kawalan yang tepat dan konsisten.
Dengan berat hanya 63 gram, ia sangat ringan dan sesuai untuk anda yang bermain game kompetitif seperti e-sukan Dota 2, VALORANT dan lain-lain.
Ia tersedia dalam warna merah jambu, hitam dan putih dengan harga RM690.
Layari laman web mereka untuk info lebih lanjut