Semua mengenai E3 2021 setakat ini

Di sebalik persiapan E3 2021 akan hadir 10 hari lagi. The Entertainment Software Association (ESA) telah mengumumkan jadual untuk E3 pada tahun ini. Peminat digalakkan untuk menyertai E3 melalui portal dan aplikasi E3 2021.

Tahun ini dengan acara digital, tidak kira dimana anda berada anda boleh menyertai persidangan dan juga menyertai perbincangan secara maya.

Tahun ini E3 akan dihoskan oleh Alex “Goldenboy” Mendez, Jacki Jing dan Greg Miller. Juga memaparkan beberapa panel, sesi penstriman langsungkemunculan tetamu jemputan dan pelbagai lagi. Ini merupakan jadual untuk acara E3.

E3 akan menggunakan waktu Eropah (ET) jadi bagi acara itu berlangsung 12jam ke hadapan dari waktu Malaysia (GMT+8). Tarikh di bawah adalah untuk waktu Malaysia GMT +8. 

  • Sabtu, 12 Jun
    • Guerilla Corrective pada 11 malam
    • Wholesome Direct pada 11 pagi (13 Jun)
    • Ubisoft Forward at 3 pagi (13 Jun)
    • Gearbox Entertainment
    • Devolver Digital
    • A session with GamesBeat
  • Ahad, 13 Jun
    • Pra-acara bermula pada 11:45 malam
    • Xbox & Bethesda Games Showcase pada 11 pagi (I4 Jun)
    • SQUARE ENIX pada 3:15 pagi (14 Jun)
    • PC Gaming Show
    • Future Games Show pada 7 pagi (14 Jun)
    • Warner Bros. Games & Back 4 Blood dan 24 Entertainment
  • Isnin, 14 Jun
    • Pra-acara bermula pada 11:00 malam
    • Sidang media dari beberapa pembangun game Indie
    • Take-Two Interactive
    • Mythical Games
    • Freedom Games
    • Razer
    • Capcom
    • Verizon dan Intellivision juga menyertai
    • Sesi bersama VENN
  • Selasa, 15 Jun
    • Pra-acara bermula 11:00 malam
    • Nintendo’s Nintendo Direct dan Nintendo Treehouse pada jam 12:00 tengah malam
    • BANDAI NAMCO
    • Yooreka Games
    • GameSpot
    • Anugerah Rasmi E3 2021

Anda boleh mendaftar kan diri anda di laman utama E3 untuk mendapatkan akses portal dan hub atas talian. Laman tersebut akan memberi anda segala maklumat lanjut mengenai E3 tahun ini.

TAGS

RELATED NEWS

+