Semua yang anda perlu tahu untuk Genshin Impact Versi 2.5

Genshin Impact kini akan mendapat kema kini terbaru untuk Versi 2.5 yang bakal hadir 16 Februari ini dan diberi nama “When the Sakura Bloom”.

Kegelapan yang kini berasal dari tempat yang tidak diketahui akan datang menyelubungi Enkanomiya yang baru sahaja dibuka.

Traveler akan terpaksa berlawan dengan raksasa baru dan penceritaan baharu Raiden Shogun dan Yae Miko juga akan hadir.

Acara Baru

Acara baru kali ini digelar “Three Realms Gateway Offering” di mana anda perlu menjelajah di seluruh peta Enkanomiya untuk berlawan dengan corrosive darkness.

Anda juga perlu membuka Waypoints baru dengan gajet digelar Bokuso Box.

Karakter Baru Lima Bintang Yae Miko

Kali ini Yae Miko akan menjadi karakter lima bintang baharu dari Inazuma. Yae Miko akan menggunakan senjata Catalyst dengan elemen Electro.

Karakter ini akan mempunyai kelebihan untuk mengeluarkan tiga tiang yang digelar Yakan Evocation: Sesshou Sakura.

Tiang electro ini yang akan menyerang musuh secara berkala.

Dengan Ultimatenya, Great Secret Art: Tenko Kenshin, Yae akan menggunakan semua tiang Sesshou Sakura dan menukarkan serangannya menjadi satu serangan AOE mengikut jumlah tiang yang digunakan bersama dengan satu letusan Kilat tambahan.

Boss dan Musuh Baru

Kali ini bos baharu untuk Domain Trounce dimana Traveler perlu berlawan dengan versi Raiden Shogun yang baharu.

Apakah sebab Traveler perlu berlawan dengan Raiden kali ini?

Musuh

Terdapat satu musuh baru yang digelar Shadowy Husk dan musuh ini mempunyai tiga jenis variasi iaitu Standard Bearer, Line Breaker dan Defender.

Setiap musuh ini mempunyai senjata dan elemen masing-masing.

Banner Karakter V2.5

https://cdn.discordapp.com/attachments/763568138213654528/939154599602958376/20220204_214325.jpg

Bagi versi ini, Yae Miko akan menjadi karakter banner untuk fasa pertama kemudia Raiden Shogun dan Sangonomiya Kokomi juga akan datang untuk fasa kedua nanti.

Jangan lupa simpan Primogems anda!

Chasm – Peta Baru Versi 2.6

Chasm juga diperkenalkan dan akan menjadi satu kawasan baru di Liyue.

Ia adalah tempat yang penduduk Liyue pergi untuk melakukan perlombongan.

Ruin Serpent

Musuh baru yang akan datang nanti untuk versi 2.6.

Jangan lupa untuk mencuba Genshin Impact versi baharu ini nanti di pelantar mudah alih, PC dan lain-lain.

RELATED NEWS

+