Semua yang anda perlu tahu untuk newbie! – Pokemon TCG Pocket

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

 Pokemon TCG Pocket (PTCGP) kini boleh dimuat turun untuk Android dan iOS.

Ini semua yang perlu anda tahu sebagai orang baru dalam PTCGP!

1.Daily Pulls

Foto: PTCGP

Setiap pemain boleh membuka dua pek sehari dimana satu pek boleh dibuka setiap 12 jam.

Dengan Premium Pass anda boleh membuat 2 lagi Pek tambahan sehari menjadikannya 4 sehari.

Hourglass dan Poke Gold juga boleh digunakan untuk membuka pek.

2. Kad terbaik dalam Booster Pack

Bagi Pek Pikachu kad terbaik dalam itu adalah Pikachu EX.

Foto: PTCGP

Pek Charizard pula adalah Charizard EX, Starmie EX dan Sabrina.

Foto: PTCGP

Pek untuk Mewtwo pula adalah Mewtwo EX dan Articuno EX.

Foto: PTCGP

Ini adalah antara beberapa kad yang kuat untuk membina dek yang kompetitif.

3. Daily Missions

Daily Missions perlu dibuat setiap hari untuk mendapat 4 Hourglass.

Misi adalah seperti login, bermain satu perlawanan atau membuka pek.’

Jangan lupa juga untuk membuat Tutorial bagi mendapat banyak kad-kad percuma.

4.Pack Points.

Setiap kali membuka pek anda akan mendapat pack points yang boleh digunakan untuk ditukarkkan kepada kad yang anda mahu.

Dinasihatkan anda untuk menyimpan Pack Points ini dan hanya gunakannya untuk kad-kad penting sahaja.

5.Shinedust

What Is Shinedust And How Do You Obtain Flair In Pokemon TCG Pocket?

Foto: The Gamer/PTCGP

Shidedust akan diperoleh apabila anda mendapat kad-kad yang sama dan dengan menggunakan kad-kad lebihan anda boleh menampak efek particle kepada kad-kad anda.

6.Wonder Pick

Wonder Pick

Wonder Pick adalah sistem dimana pemain boleh mendapatkan satu kad dari pek pemain lain atau rakan anda.

Wonder Pick mempunyai masanya sendiri asing dari masa buka pek.

7. Sistem Battle

Foto: PTCGP

Sistem battle PTCGP kali ini dipermudahkan dengan dek yang mempunyai 20 kad sahaja dan anda akan mendapat energy untuk setiap turn.

8. Kanto Starter percuma

Sebelum bermula anda boleh memilih kad starter 1★ full art version lain mengikut pek yang anda buka.

Mewtwo – Bulbasaur

Charizard – Charmander

Pikachu – Squirtle

9. Level Up

Setiap level up akan memberikan anda 12 Hourglass, 2 Wonder Hourglass, 1 Rewind Watch dan 1 Poke Gold.

10.Reroll

Foto: PTCGP

Anda juga boleh reroll  l akaun anda untuk memastikan anda mendapat kad-kad kuat terutamanya kad-kad EX unutk membuat deck anda.

Reroll juga memberikan anda keuntungan berganda untuk terus mempunyai dek-dek kuat.

Cara untuk reroll:

Jangan link akaun anda lagi.

 Settings>Account>Delete Save Data

Mula semula dan buat kesemua tutorial cukup untuk membuka pek kesukaan anda.

Jika sudah berpuas hati link akaun anda ke Nintendo Account.

Deck Pokemon mana yang korang akan buat?

RELATED NEWS

+