Senarai pasukan yang layak ke VCT Masters Berlin diumumkan

Dengan berakhirnya VALORANT Champions Tour bagi peringkat ketiga dan terakhir, bermakna kehangatan Master Berlin kini semakin dirasai. 

VCT Masters Berlin yang akan berlangsung pada September ini akan menjadi faktor untuk menentukan pasukan yang akan bersaing di dalam kejohanan dunia yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Kejohanan dunia itu dijangka akan diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Masters Berlin akan mempertandingkan 15 pasukan yang telah berjaya melepasi peringkat ketiga dan terakhir di wilayah masing-masing iaitu daripada EMEA, Amerika Utara, Brazil, Asia Tenggara, Korea, Jepun dan Amerika Latin. 

Berikut adalah pasukan-pasukan yang berjaya ke VCT Masters Berlin:

EMEA

  • Gambit
  • SuperMassive Blaze
  • Acend
  • G2 Esports

Amerika Utara

  • Sentinel
  • 100 Thieves
  • Team Envy

Brazil

  • Vivo Keyd
  • Havan Liberty

Asia Tenggara

  • Paper Rex

Korea

  • Vision Strikers
  • F4Q

Jepun

  • ZETA DIVISION
  • Crazy Raccoon

Amerika Latin

  • KRÜ Esports

Sumber: DotEsports

RELATED NEWS

+