Tarikh & pasukan play-ins bagi League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series SEA Championship 2021 diumumkan."> Tarikh & pasukan play-ins bagi League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series SEA Championship 2021 diumumkan." /> Tarikh & pasukan play-ins bagi League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series SEA Championship 2021 diumumkan." />

Senarai penuh pasukan Wild Rift SEA Championship 2021 diumumkan

Tarikh & pasukan play-ins bagi League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series SEA Championship 2021 diumumkan.

Peringkat play-ins untuk kejohanan League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series SEA Championship 2021 akan bermula pada 14 September. Pasukan yang layak akan bertanding untuk membawa pulang sebahagian daripada hadiah terkumpul yang ditawarkan sebanyak AS$200,000 USD (RM829,600).

Penganjur kejohanan, ESL Malaysia juga mengumumkan 21 pasukan yang sudah layak dan bakal bermain di peringkat play-ins. Berikut antara pasukan-pasukan yang akan beraksi di kejohanan ini.

Malaysia

  • Berjaya Dragons
  • Geek Fam

Thailand

  • EVOS Esports TH
  • Buriram United Esports
  • INVATE Esports

Oceania

  • Azure Esports

Filipina

  • Team Secret
  • FENNEL Adversity

Vietnam

  • SBTC Esports
  • Divine Esports
  • Saigon Phantom
  • Team Flash

Taiwan

  • ONE Team
  • Flash Wolves
  • Looking For Daddy

Hong Kong

  • SVP
  • QWQ

Singapura

  • Alliance
  • Banana

Indonesia

  • MBR Esports
  • BOOM Esports

Format kejohanan League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series SEA Championship 2021 adalah seperti berikut:

Play-ins: 14 September – 19 September

  • 12 Pasukan dibahagikan kepada 3 Bracket yang mengandungi 4 Pasukan
  • Double Elimination, semua perlawanan dimainkan dalam Bo5
  • Pemenang setiap kumpulan mara ke Peringkat Kumpulan

Peringkat Kumpulan: 23 September – 26 September

  • 12 pasukan Peringkat Kumpulan (termasuk 9 Pasukan Jemputan dan 3 Pemenang Play-in) dibahagikan kepada 2 kumpulan 6 Pasukan
  • Single Round Robin, semua perlawanan dimainkan dalam Bo2
  • 4 teratas setiap kumpulan akan mara ke peringkat Playoff

Playoff: 30 September – 3 Oktober

  • Double Elimination, Pasukan dikumpulkan berdasarkan prestasi semasa di Peringkat Kumpulan:
    • Pemenang Kumpulan: Upper Bracket R2
    • Ke-2 & Ke-3: Upper Bracket R1
    • Ke-4: Lower Bracket R1
  • Perlawanan Bracket Atas dan final Bracket Bawah dimainkan dalam Bo5
  • Perlawanan Bracket Bawah pusingan 1-3 dimainkan dalam Bo3
  • Grand Final dimainkan dalam Bo7

Foto: ESL Malaysia

RELATED NEWS

+