Seorang lelaki ditahan atas cubaan membunuh pengasas miHoYo

Artikel diterjemah daripada IGN SEA.

Seorang lelaki bersenjatakan pisau ditahan pihak polis dalam cubaan membunuh pengasas-pengasas miHoYo, syarikat yang membangunkan Genshin Impact dan Honkai Impact. 

Mengikut laporan berita, suspek menceroboh pusat HQ MiHoYo di Shanghai, China dan ditahan oleh polis pada 24 April. Tiada kecederaan dilaporkan dari insiden tersebut.

Suspek pada awalnya dikatakan sedih dengan perubahan pada Honkai Impact, yang menunjukkan rekaan Bunny Girl dan tariannya dalam permainan.

Kandungan itu diperkenalkan selari dengan acara ulang tahun ketiga Honkai Impact.

miHoYo sudah pun membuang kemaskini itu dan meminta maaf secara terbuka dari peminat berikutan reaksi kurang memuaskan dari China dan negara lain. 

Skin Bunny Girl dan ganjaran lain hanya tersedia kepada peminat dari luar China dan ia membuatkan pemain di republik itu kurang senang. Pemain China yang lain mengecam kandungan baru itu “tidak ada adab, dan tarian yang menjengkelkan,”

miHoYo kemudian membayar 500 kristal dalam permainan kepada peminat atas kesilapan dan membatalkan acara tersebut.

Sumber: IGN SEA

RELATED NEWS

+