Seorang lelaki guna duit bantuan COVID-19 demi kad Pokemon berharga RM228,000

Kad Pokemon adalah salah satu permainan trading card yang sudah lama ada dan masih popular sehingga kini.

Namun, tidak ramai mengetahui kad-kad Pokemon yang jarang dijumpai boleh dijual sehingga ratusan ribu ringgit.

Seorang lelaki yang tinggal di Georgia, Amerika Syarikat dituduh menggunakan duit bantuan COVID-19 untuk sesuatu yang bukan perniagaan.

Vinath Oudomsine menggunakan duit itu untuk membeli beberapa jumlah kad Pokemon yang bernilai AS$57,000 atau RM228,000.

Bantuan yang diberikan adalah untuk peniaga yang menghadapi masalah akibat pandemik.

Tetapi Oudomsine sebenarnya tidak mempunyai apa-apa perniagaan dan hanya menipu sedang melakukan perniagaan dengan 10 orang staf.

Pada 4 Ogos 2020, Oudomsine berjaya mendapatkan AS$85,000.

Tetapi pada 8 Januari lepas, Oudomsine menggunakan wang ITU untuk kad-kad Pokemon yang berharga.

Kad Pokemon yang jarang dijumpai boleh meningkat harganya sehingga beberapa ratus ribu ASD.

Oumsine kini berhadapan dengan hukuman 20 tahun penjara dan denda AS$250 ribu atau RM 1 juta atas kesalahan menyalahguna dana dan penipuan dana itu.

RELATED NEWS

+