Banyak permainan video di pelantar mudah alih boleh menyebabkan ketagihan tetapi tidak ramai boleh melawan perasaan ketagih dan mahu topup dalam game itu.
Ini yang berlaku ke atas seorang warga Jepun berumur 31 tahun yang telah mencuri ¥40 juta (RM1.2 juta) dari akaun neneknya yang berumur 82 tahun.
Kesemua wang itu dipindahkan ke akaunya sendiri dan lelaki itu dengan seronoknya menghabiskan kesemuanya untuk topup game.
Semua ini telah didedahkan oleh adik perempuan lelaki tersebut di Twitter.
詳しい人いましたら
お恥ずかしい話。
私の兄(31)が祖母(82)のお金を勝手に引き出し、自分の口座に移し、全てゲームの課金に使った。
合計4000万円ほど
兄は民事だから罪には問われないと一方的。
泣き寝入りするしかないのか。
どうにか返金してもらい制裁を与えたい。
※写真は課金の詳細 計300p pic.twitter.com/rJcWK3b5l9— く〜 (@iro_Quu) June 19, 2024
Topup itu terlalu banyak sehingga kesemua resit yang telah dicetak adalah hampir 300 muka surat.
Satu video dengan durasi seminit juga telah dikongsikan oleh iro_Quu.
量が多すぎる
そんなに面白いゲームなのか pic.twitter.com/bQM8X7cSuQ— く〜 (@iro_Quu) June 19, 2024
Adiknya telah memohon bantuan dan sangat kecewa dengan tindakan abangnya dengan mencuri duit tersebut.
Permainan video yang ditopup itu adalah Magic Sword Legend, permainan video MMORPG di pelantar mudah alih yang mempunyai elemen gacha yang dibuat oleh Spotlight Network Limited.
Lebih mengejutkan permainan ini tidaklah sebagus dan sebaik yang disangka.
Kes ketagihan sebegini juga pernah berlaku di Singapura apabila seorang anak menggunakan kad bapa untuk topup Genshin Impact sehingga hutang sebanyak RM60,000.
Hal ini mengingatkan anda ketagihan permainan video patutnya diambil serius terutamanya ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang perlu sentiasa membuat pemantauan permainan video apa yang mereka main.
Kesimpulannya, masalah ini juga bukan hanya untuk kanak-kanak tetapi kepada orang dewasa seperti dalam kes warga Jepun ini.