Server Amerika Utara dan Eropah Among Us kena serangan DDoS

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan video popular Among Us telah terkena serangan DDoS (distributed denial of service).

Menurut pencipta Among Us, Innersloth, kedua-dua server Amerika Utara dan Eropah kini ditutup hampir dua hari.

24 Mac lepas, laman Twitter Among Us juga ada membuat pengumuman ini.

Disebabkan serangan ini, permainan untuk pemain bagi memasuki server adalah mustahil.

“Sabotaj sedang berlaku.  lol” dan kemudiannya mereka memberi penjelasan mengenai serangan DDoS dan memohon maaf.

DDoS bukan perkara yang tidak biasa banyak juga syarikat lain pernah diserang sebegini seperti PSN dan Xbox Live.

TAGS

RELATED NEWS

+