Server Metal Gear Solid 5 di PS3 dan Xbox 360 akan ditutup bermula hari ini

Konami kini dalam fasa untuk menamatkan sokongan atas talian bagi Metal Gear Solid V: The Phantom Pain dan Metal Gear Online di PlayStation 3 dan Xbox 360.

Satu hantaran Konami di laman rasmi mereka menyatakan, sistem pembelian Metal Gear Solid V di PS3 dan Xbox 360 kini ditutup. Kesemua DLC bagi Metal Gear Online juga tidak lagi boleh dibeli bermula 30 November ini. 

Namun, penutupan penuh tidak akan berlaku sehingga 31 Mei 2022 dan ianya disahkan oleh Konami. Permainan ini masih boleh dimainkan di luar talian bagi sistem yang terkesan.

Metal Gear Solid V mempunyai dua mod berbilang pemain. Salah satunya Metal gear Online, mod PvP yang menyokong sehingga 16 pemain, memburu antara satu sama lain dengan mekanik pengintipan yang licik di kesemua tiga mod. Kemudian, permainan yang menampilkan pembangunan pangkalan versi atas talian, yang boleh menjana duit yang boleh digunakan di permainan utama.

The Phantom Pain dilancarkan pada 2015. Ia adalah permainan Metal Gear Solid terakhir yang dihasilkan oleh Hideo Kojima sebelum berundur daripada syarikat itu. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+