Server Nintendo dijangka akan padat pada Krismas ini

Pihak Nintendo hari ini menyatakan mereka menjangkakan server mereka akan menghadapi beberapa isu pada Krismas ini.

Melalui ciapan mereka di Twitter Khidmat Pelanggan mereka yang diterjemah:

“Hujung minggu ini, akses akan bertumpu pada server Nintendo Account dan ia dijangkakan bahawa Nintendo Account tidak akan dibuat secepat mungkin. Jika anda merancang untuk mengguna Nintendo Switch buat kali pertama, anda dicadangkan buat dengan kadar segera.”

Hal ini kerana, Nintendo pernah menghadapi masalah pembuatan akaun baharu, selain permainan tidak boleh dibeli atau dimuat turun, pada tempoh yang sama pada tahun lalu.

Artikel ini diterjemah dan disunting daripada IGN SEA

TAGS

RELATED NEWS

+