tarikh pelancaran PlayStation 5 di seluruh dunia adalah 19 November. Tapi ketika pembentangan PlayStation 5 Showcase baru-baru ini, Sony tidak mengumumkan sebarang tarikh terperinci pra-tempah untuk konsol generasi baharu ini."> tarikh pelancaran PlayStation 5 di seluruh dunia adalah 19 November. Tapi ketika pembentangan PlayStation 5 Showcase baru-baru ini, Sony tidak mengumumkan sebarang tarikh terperinci pra-tempah untuk konsol generasi baharu ini." /> tarikh pelancaran PlayStation 5 di seluruh dunia adalah 19 November. Tapi ketika pembentangan PlayStation 5 Showcase baru-baru ini, Sony tidak mengumumkan sebarang tarikh terperinci pra-tempah untuk konsol generasi baharu ini." />

Sesi pra-tempah yang kurang efisien, Sony tampil meminta maaf

Kita semua sedia maklum yang tarikh pelancaran PlayStation 5 di seluruh dunia adalah 19 November. Tapi ketika pembentangan PlayStation 5 Showcase baru-baru ini, Sony tidak mengumumkan sebarang tarikh terperinci pra-tempah untuk konsol generasi baharu ini.

Mereka hanya menyatakan yang pra-tempah bermula pada 17 September dan tiada waktu terperinci diberitahu.

Akibatnya, ramai pengguna yang terus ‘terjah’ laman web retail yang menawarkan PS5. Kesannya, laman web tersebut tergendala, stok habis dan ada yang kecewa malah menyuarakan perasaan tidak puas hati kerana kecuaian Sony.

Sony kemudiannya tampil mohon maaf dalam satu ciapan baru pada Sabtu.

Katanya, sesi pra-tempah ini boleh dijalankan dengan lebih baik dan mereka akan terus menambah stok PS5 untuk beberapa hari seterusnya.

Stok PlayStation 5 juga akan ada lebih banyak sehingga penghujung tahun ini.

Pada waktu PlayStation 5 Showcase, permainan video eksklusif seperti Final Fantasy XVI dan Spider-Man: Miles Morales diumumkan. Walaupun acara itu berjalan lancar, nyata ketidakcekapan Sony dalam menguruskan penjualan PlayStation 5 mengecewakan ramai orang.

RELATED NEWS

+