Shaquille O’Neal katakan pemain profesional e-sukan adalah atlet yang perlu diiktiraf

Kini banyak alet tradisional kini berkecimpung dan mengiktiraf kewujudan e-sukan hari ini.

Malah, bekas pemain bola keranjang lagenda Shaquille O’Neal pun turut sertai e-sukan.

Dalam satu temubual bersama Jake Lucky ahli Full Squad Gaming, Shaq memberi sedikit perspektif mengenai pemain profesional e-sukan.

Shaq merasakan mereka ini patut diiktiraf sebagai atlet.

“Ya. Saya mahu memuji mereka dan saya juga bangga dengan mereka.” ujar Shaq.

Tambahan pula Shaq memberitahu perkataan ‘atlet’ membawa pelbagai makna dan semua ini berkait rapat dengan pemikiran anda.

Shaq kemudian memberi contoh seperti Shaq Vs di mana para bintang NBA bertentang dengan atlet-atlet sukan lain terhebat dalam dunia dan mengaku ia adalah perkara paling susah dia pernah buat.

“Bukan sahaja anda perlu kuat dari segi mental dan anda juga perlu mempunyai mentaliti yang betul.” tambah Shaq.

“Jika anda merasakan anda adalah atlet, saya percayakan anda, kerana saya tidak mampu membuat apa yang anda boleh buat.”

Shaq merupakan atlet tradisional lagenda pertama yang berkecimpung dengan dunia e-sukan.

RELATED NEWS

+