Shi – hero Mage baru dengan kuasa sutera di Honor of Kings

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Shi adalah hero mage terbaru dalam Honor of Kings.

Dia boleh menggunakan kuasa sutera magik untuk berlawan dengan musuh disamping mengeluarkan burst damage tinggi dengan crowd control.

Cara permainan Shi adalah lebih kepada memastikan musuh  tidak boleh suka hati masuk ke dalam war.

Shi boleh menghukum mudah jika musuh di dalam posisi yang teruk.

Skill Shi

Foto: Honor of Kings

Pasif: Maiden’s Trick

Shi mempunyai pasif di mana lebih jauh anda dari musuh lebih tinggi damage yang dibuat.

Untuk setiap 100 unit jarak, damage Shi akan meningkat dari 5% sehingga 40% maksima.

Anda perlu memastikan jarak yang sesuai untuk maksimakan damage Shi.

Skill 1: Silk Imprint

Shi akan membaling satu artifak dalam AOE kecil dan menarik musuh ketengah.

Musuh yang terkena skill ini akan dikenakan Silk Imprint.

Dengan menekan skill ini sekali lagi, musuh kemudiannya boleh ditarik dalam jarak pendek ke arah Shi atau arah lain.

Crowd Control yang kuat jika anda pandai mengawalnya.

Skill 2: Silky Beauty

Shi akan membaling satu bebola energi yang akan berhenti apabila terkena musuh atau monster.

Bebola ini akan terus menyerang musuh dan meletup selepas 2 saat dimana damage lebih tinggi akan dibuat jika musuh berada di tengah-tengah.

Jika musuh mempunyai Silk Imprint, bebola itu akan mengejar musuh sambil membuat damage.

Skill 2 ini penting untuk membuat damage berterusan ke atas musuh.

Skill 3: Sole Focus

Shi akan masuk ke dalam mod enhanced dan Skill 2 akan reset.

Musuh yang terkenal Skill 1 ketika ini akan terus mengawal pergerakan musuh sebanyak dua kali.

Cooldown untuk Skill 2 juga dikurangkan sebanyak separuh dan Shi akan mendapat movement speed tambahan.

Sole Focus penting untuk digunakan ketika war supaya Shi boleh menggunakan Skill 1 dan 2 dengan lebih pantas dan kuat.

Hero ini sangat berguna untuk pemain yang sukakan strategi membuat damage dari jarak jauh disamping mempunyai crowd control.

Dia boleh mengubah war dengan mudah apabila Ultimatenya digunakan.

Adakah Shi bakal mengubah Meta Midlane atau Roamer?


Follow kami di WhatsAppInstagram, Facebook dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

RELATED NEWS

+