Shin Megami Tensei V menambah makhluk mistik Filipina, Manananggal

Sama ada anda kenali mereka sebagai Demons atau Personas, pelbagai raksasa dari francais Shin Megami Tensei adalah sangat popular seperti protagonis yang merekrut mereka untuk menyelamatkan dunia.

Daripada maskot siri Jack Frost hingga jenis Pixies dan Succubi, siri ini telah membawa pelbagai raksasa dari pelusuk dunia, seperti legenda urban, mitos lama dan tokoh agama.

Shin Megami Tensei V ialah entri terbaru daripada siri ini, eksklusif untuk Nintendo Switch dan Atlus secara konsisten mengeluarkan pelbagai video yang mengetengahkan pelbagai Demons yang pemain akan berhadapan di dalam penjelajahan mereka. 

Satu daripada Demons baru yang diperkenalkan ialah makhluk mitos pemakan fetus dari Filipina, Manananggal.

Manananggal terkenal dengan ciri terkenalnya iaitu kebolehan tubuh badannya yang boleh diasingkan kepada dua dan versi Shin Megami Tensei masih mengekalkan aspek makhluk itu dengan cara yng lebih menggoda.

Seperti Demons lain, Manananggal boleh direkrut oleh pemain ke dalam parti mereka, memberi serangan dan jampi mereka di dalam pertarungan. Manananggal dikelaskan di bawah Demons kelas Femme, di samping Mermaids dan Lamias.

Ini adalah kali pertama di dalam siri ini menampilkan raksasa dari Filipina, di mana sebelum ini mereka membawa masuk Demons mitos dari Malaysia dan Indonesia.

Penanggal dan roh Tingkat dari kisah dongeng Malaysia muncul di dalam pelbagai spin-off Shin Megami Tensei sementara Rangda, Barong dan makhluk Calon Arang dari mitos Bali dan Jawa menjadi watak utama di dalam francais ini.

Shin Megami Tensei V akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 12 November.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+