Shina kini kembali ke 10S Gaming Frost

Pasukan 10S Gaming Frost adalah satu pencabar di Kejohanan Dunia M1 dan M2 dan adalah satu-satunya wakil dari negara Jepun.

Namun begitu, mereka tidak turut serta di dalam edisi kali ketiga oleh kerana mereka tidak diundang. Tambahan lagi, tidak ada sebarang kelayakan yang dipertandingkan di Jepun ketika itu.

Terdahulu, mereka mengumumkan salah seorang pemain mereka iaitu Shina membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan itu.

Mereka juga menyatakan bahawa Shina mungkin akan membuat comeback sejurus sahaja situasi kembali menjadi normal.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by obuyan.TV (@obuyan.tv)

Kini, Shina kembali lagi ke dalam pasukan selepas satu hantaran yang dimuat naik oleh Obuyan di laman rasmi Instagramnya.

Adakah pasukan 10S Gaming Frost akan mengikuti Kejohanan Dunia M4 tahun ini? Siapa di sini ingin menyaksikan lagi pasukan Jepun ini beraksi di pentas dunia? Sila nyatakan di ruangan komen.

Foto: ONE Esports

RELATED NEWS

+