Shitsuke dan JaneTidy kini bersama dengan Team Secret sebagai duta

Team Secret mengumumkan Farah Diba dan juga Fivie Izanie sebagai duta mereka. Bagi para pembaca yang tidak memahami istilah “Ambassadress” itu, ia digunakan untuk para wanita yang mewakilili sesebuah organisasi atau aktiviti yang dianjurkan.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team Secret (@teamsecret)

Seperti yang kita sedia maklum, Farah Diba atau lebih dikenali sebagai Shitsuke adalah seorang streamer yang popular di tanah air. Beliau mempunyai seramai 790 ribu pengikut di platform Facebook Gaming. Seringkali memuat naik video romantis bersama Afiq membuatkan penstriman Farah disukai penonton.

Manakala, Fivie Izanie atau JaneTidy adalah salah seorang pemain PUBG dan berasal dari Sabah. Beliau mempunyai 148 ribu pengikut di Facebook Gaming dan kerap melakukan scrim bersama rakan-rakannya di PUBG Mobile.

Kemasukan Shitsuke dan JaneTidy sebagai duta pasti akan menyemarakkan lagi populariti yang dimiliki Team Secret Malaysia dan projek-projek gaming yang bakal dilangsungkan di masa hadapan bersama dua orang gadis ini.

Tahniah diucapkan kepada Shitsuke dan JaneTidy, selamat maju jaya bersama Team Secret!

Foto: Team Secret

RELATED NEWS

+