Shroud bakal bangunkan permainan video dunia terbuka survival?

Bintang streamer Twitch Michael “Shroud” Grzesiek kini bekerjasama dengan Chris “Sacriel” Ball sebagai rakan kongsi untuk Splash Damage dalam Project Astrid.

Project itu dikatakan adalah permainan video AAA dunia terbuka survival.

Shroud mengatakan membuat permainan video adalah impiannya sejak dulu lagi dan dia mahu membina permainan video terbaik.

Shroud, Scariel dan Splash Damage mempunyai jangkaan tinggi untuk permainan video itu.

Lance Winter selaku Pengarah Kreatif Splash Damage, mengatakan mereka mampu untuk mencipta kelainan dalam genre survival dan akan mencipta produk satu dalam sejuta.

Permainan video ini juga menjadikan penggunaan senjata api sebagai ciri penting.

Kedua-dua Shroud dan Sacriel akan menjadi pencipta eksekutif untuk permainan itu dalam memberi pandangan baru yang dimahukan oleh peminat.

RELATED NEWS

+