berhenti beroperasi pada bulan Julai."> berhenti beroperasi pada bulan Julai." /> berhenti beroperasi pada bulan Julai." />

Shroud kembali ke Twitch dengan kontrak baharu

Streamer terkenal Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai Shroud akan kembali ke platform penstriman langsung Twitch. Sebelum ini, beliau menandatangani kontrak bersama Mixer yang telah berhenti beroperasi pada bulan Julai.

Shroud mengumumkan perkara tersebut melalui akaun Twitter rasminya. Nampaknya ramai peminat beliau teruja dengan keputusan ini kerana ciapan tersebut setakat ini telah mengumpul lebih daripada 27,000 retweets dan hampir 200,000 likes.

Menurut laporan daripada PC Gamer, Shroud juga telah menandatangani kontrak baharu bersama Twitch. Micahel Aragon, Naib Presiden Kanan Kandungan Twitch, menyatakan bahawa Shroud akan bersiaran langsung secara eksklusif di platform tersebut.

Ini merupakan salah satu perkara menarik yang telah berlaku dalam dunia penstriman langsung sejak penutupan Mixer.

Tyler “Ninja” Blevins yang dahulunya berpindah ke Mixer juga kini masih belum bertapak di mana-mana platform. Beliau baru-baru ini bersiaran langsung di Twitch dan juga YouTube.

Seorang streamer terkenal yang sedang mengharungi sebuah kontroversi pula ialah Guy “Dr DisRespect” Beahm. Pada penghujung bulan Jun, beliau dikenakan larangan bersiaran langsung di Twitch dan baru-baru ini bersiaran langsung di YouTube.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+