Shroud menerangkan sebab beliau tidak ingin menubuhkan pasukannya tersendiri

Michael Grzesiek atau lebih dikenali sebagai Shroud adalah seorang penstrim yang kerjayanya berasal dari permainan kompetitif Counter Strike Global Offensive (CSGO). Sewaktu bermain CSGO secara kompetitif, beliau mampu menempa nama dalam e-sukan itu.

Oleh itu, ia tidak mengejutkan apabila peminat bertanya jika beliau ingin membangunkan pasukan e-sukannya tersendiri.

Semasa strim di saluran Twitchnya, beliau ditanya sama ada beliau mempunyai minat untuk memulakan organisasinya sendiri. Malangnya untuk peminat yang penuh harapan itu, beliau cepat-cepat menutup sebarang spekulasi mengenai penglibatannya dalam membangun pasukan pada masa depan.

Beliau berkata “Bagaimana pula dengan memiliki pasukan? Terlalu banyak kerja.”

Beliau kemudian menyambung, “Kamu mesti sedar, saya tidak suka kerja, itulah sebabnya saya stream. Kerja payah. Jadi, jika ada apa-apa yang memerlukan kerja dan usaha, saya mungkin tidak akan melakukannya,”

Memandangkan beberapa peminat mula menunjukkan kerjayanya sebagai pencipta kandungan, Shroud segera mempersoalkan mereka juga. “Penstriman adalah kerja?” beliau berkata secara sinis, “Bukan, itu bukan kerja. Saya duduk di sini tidak melakukan apa-apa. Memang tidak melakukan apa-apa.”

Apabila lebih ramai penonton megimbaukan zamannya sebagai seorang pemain pro CSGO, Shroud menolak tanggapan itu juga.

“Saya tidak tahu sama ada anda akan memanggil apa yang saya lakukan itu sebagai perkerjaan. Saya tidak melakukan terlalu banyak dalam CS, saya hanya bermain. Bermain bukanlah satu perkerjaan. Bekerja bermaksud berusaha keras. Saya rasa saya tidak pernah melakukannya,”

Berbanding ikon lain seperti DrDisrespect di mana beliau sedang membangunkan studio permainnnya tersendiri, Shroud lebih selesa mencipta kandungan.

TAGS

RELATED NEWS

+