Shroud nak tubuhkan pasukan VALORANT

Selepas lama berhenti daripada arena kompetitif, nampaknya personaliti Twitch, Michael “Shroud” Grzesiek ingin menubuhkan skuad VALORANT sendiri.

Beliau berkata demikian dalam satu penstriman langsung di Twitch, bagi menghadapi kelayakan VCT tak lama lagi. Jejaka berusia 27 tahun itu juga berkata, beliau akan merekrut rakan sepasukannya terdahulu di Cloud 9 seperti Jordan “n0thing” Gilbert dan Sean “Seangares” Gares.

Pada 3 Julai lalu, Shroud mengesahkan bertanding di kelayakan VCT yang mana pertandingan itu membenarkan ejen KAY/O dimainkan.

Shroud dalam penstriman langsung itu turut bercanda ingin bermain KAY/O, berlari sekeliling dan silence kesemua benda,” katanya.

Kelayakan terbuka akan bermula pada 22 Julai ini hingga 25 Julai. Sebanyak AS$50,000 menanti di peringkat seterusnya jika beliau berhasil mara.

Sumber rujukan: talkesport.com

RELATED NEWS

+